COPENHAGEN, 1 Februari - Penduduk Iceland bekerja keras membina tembok setinggi bangunan tiga tingkat untuk melindungi loji janakuasa penting dan kediaman daripada aliran lahar, sejak gunung berapi berhampiran ibu kota Reykjavik kini kembali aktif, setelah hampir 800 tahun lalu tidak aktif.
Pakar meramal enam sistem gunung berapi itu akan aktif sehingga tiga abad yang terletak di semenanjung Reykjanes barat daya Iceland menempatkan 30,000 orang iaitu hampir 8% daripada jumlah penduduk negara itu.
Mereka membentuk jaringan bawah tanah di semenanjung, merentas ke pinggir ibu kota yang telah menyaksikan lima letusan sejak 2021.
Ketika kebimbangan mengenai letusan yang akan berlaku pihak berkuasa pada November mula membina tembok pertahanan di sekitar loji janakuasa geoterma Svartsengi di semenanjung.
Hampir 100 jentolak jengkaut dan trak pengangkut beroperasi tanpa henti di sekitar loji itu, menurut Kristinn Hardarson, yang mengetuai operasi di syarikat tenaga HS Orka, pemilik Svartsengi.
Secara keseluruhannya, kira-kira 560,000 meter padu batu kelikir dan batu lahar pepejal disediakan yang digunakan untuk melindungi loji itu.
"Mereka perlu mengalihkan lava supaya ia mengalir di sebelah halangan. Jika anda cuba menghalangnya, lava akan terkumpul dan akhirnya melepasi halangan," kata ketua Perlindungan Awam dan Pengurusan Kecemasan Iceland, Vidir Reynisson.
Pembinaan pertahanan juga telah dimulakan di sekitar bandar berhampiran Grindavik.
Penghalang pertama terbukti berkesan dalam mengalihkan lava dari Grindavik tetapi apabila retakan terbuka di seberang penghalang, lava sampai ke bandar dan menyebabkan beberapa rumah terbakar. - REUTERS