fb fb fb fb fb

Ibu "PSIKO" bunuh anak mengaku tidak bersalah

AMERIKA SYARIKAT, 20 April - Seorang wanita yang didakwa berkomplot membunuh anak, suami serta isteri kekasihnya, enggan mengemukakan rayuan ke atas pembunuhan tersebut serta dakwaan-dakwaan lain sekali gus menyebabkan hakim Mahkamah Idaho meletakkan pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya.

Lori Vallow Daybell dan suami baharunya, Chad Daybell dihadapkan ke mahkamah Idaho atas perbicaraan berasingan.

Perbicaraan Lori sebelum ini ditangguhkan beberapa bulan bagi membenarkan dia menjalani rawatan mental di fasiliti berdekatan.

Pasangan itu berdepan beberapa dakwaan, termasuk berkomplot melakukan pembunuhan tahap satu menyebabkan kematian 2 anak Lori yang berusia 7 dan 16 tahun, selain kematian ke atas isteri pertama Chad, Tammy Daybell.

Lori turut didakwa di Arizona atas kesalahan membunuh bekas suaminya, Charles Vallow dengan bantuan mendiang adiknya, Alex Cox.

Dia memilih untuk berdiam diri apabila ditanya hakim mengenai rayuannya ke atas hukuman mati atau penjara seumur hidup yang akan dikenakan ke atasnya.


(Lori Vallow Daybell dihadapkan ke mahkamah Idaho, Amerika Syarikat)

Media Baharu