fb fb fb fb fb

Model lelaki bergaya wanita cabar kebiasaan di Arab Saudi

(Ziad al-Mesfer model lelaki bergaya wanita pada sesi fotografi di jalan Tahliya di ibu kota Riyadh yang mengundang pelbvagai reaksi umum/FOTO AFP)

RIYADH, 20 April- Model sensasi Ziad al-Mesfer, berambut panjang mengenakan sut bercorak harimau bintang pastinya menggamit perhatian dan tentunya ada sahaja yang akan menoleh kepada kelibatnya pada sesi penggambaran fotografi di tengah bandar itu di sini, di Arab Saudi yang dikenali sebagai negara konservatif yang tidak menerima norma baharu sebegitu.

Orang yang lalu lalang mula merakamkan aktiviti yang dianggap janggal itu dalam telefon bimbit mereka hanya beberapa minit selepas Mesfer tiba dengan kereta mewah berwarna putihnya ke kaki lima di kawasan kafe mewah di bandar itu bersama jurugaya dan jurugambarnya untuk sesi fotografi di tempat awam itu.

Penampilan sedemikian melonjakkan nama Mesfer, 25, menjadi sebutan sehingga membantu model itu membina pengikut media sosial yang besar serta menjadi model lelaki yang berani tampil dengan imej wanita, sekali gus menolak sempadan norma jantina yang sinonim mndapat tentangan di negara berkenaan.

Sehubungan itu, secara langsung Mester mengikat jenama fesyen antarabangsa yang berminat untuk mengaut keuntungan sehingga menyebabkan Arab Saudi memulakan siri reformasi sosial yang dibawa oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Pendekatan Mesfer membawa risiko yang besar, di samping sokongan peminat remaja yang ghairah menobatkannya sebagai idola di Snapchat, terdapat golongan yang membantah ketika sesi fotografi umum itu, termasuk seorang lelaki pertengahan umur yang marah yang keluar dari keretanya untuk mengecam Mesfer sebagai "gay", yang berpotensi menjadi kesalahan besar. di Arab Saudi.

Antara isu bantahan termasuk pendirian kerajaan padang pasir itu juga yang secara tradisinya melarang lelaki yang meniru wanita atau memakai pakaian wanita, dan sebaliknya.

(Jurugaya Ziad al-Mesfer membetulkan rambutnya pada sesi fotografi dirakakamkan jurugambar peribadinya,
di jalan Tahliya di ibu kota Riyadh, pada 9 April 2022/FOTO AFP)


Mesfer bagaimanapun menafikan dirinya sebagai gay, menyatakan dia berhasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita suatu hari nanti dan menjelaskan hanya mengikuti trend jenama global terhadap fesyen "androgynous".

Dan walaupun mengakui kerap diganggu secara peribadi dan dalam talian, dia memberitahu AFP dia tidak bercadang untuk meninggalkan Arab Saudi atau mengubah suai rupanya.

"Lebih baik saya tinggal di negara saya dan memakai pakaian ini, dan bukan menunggu peluang berpakaian berani sebegini hanya di luar negara."katanya.

Dilahirkan di Riyadh dn merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik, Mesfer mula cenderung mengembangkan bakat dan minat menjadi seorang model sejak usia muda.-AFP


Media Baharu