fb fb fb fb fb

Ramos-Horta menang Pilihan Raya Presiden Timor Leste

DILI, 21 April - Penerima Anugerah Nobel, Jose Ramos-Horta mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Presiden Timor Leste, menurut keputusan awal yang diterbitkan oleh Sekretariat Pilihan Raya hari ini.

Ramos-Horta menewaskan penyandang, Francisco "Lu-Olo" Guterres sebanyak 62.09% kepada 37.91%, bagi membolehkan beliau memegang mandat kali kedua selepas berkhidmat sebagai presiden dari 2007 hingga 2012.

(Jose Ramos Horta memberi isyarat semasa membuang undi semasa pusingan kedua pemilihan presiden di Dili pada 19 April 2022/AFP)

Pemimpin berusia 72 tahun itu dominan pada pusingan pertama pilihan raya pada 19 Mac, dengan memenangi 46% undi berbanding Guterres 22%.

Ramos-Horta telah berjanji untuk memecah kebuntuan yang berlarutan antara dua parti politik utama di negara termuda Asia Tenggara itu jika beliau memenangi pilihan raya peringkat kedua.

Beliau keluar daripada persaraan untuk mencabar Guterres selepas menuduhnya melanggar perlembagaan. -AFP

Media Baharu