(FOTO REUTERS)
ST.PETERSBURG, 18 Oktober - Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai Motor sedang mempertimbang mengenai operasinya di Rusia termasuk kemungkinan menjual kilang pengeluarannya di negara itu.
Hyundai Motor baru-baru ini menyerahkan kepada pihak pengurusan laporan analisis situasi dan prospek masa depan perniagaannya di Rusia.
Laporan Hyundai itu termasuk analisis syarikat terhadap senario dan kesan penjualan kilang Rusia, sambil memetik persekitaran yang sukar untuk menjalankan aktiviti operasi biasa.
Namun, setakat ini Hyundai Motor tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
(Foto REUTERS)
Hyundai Motor dan sekutunya, Kia Corp adalah antara 10 pembuat kereta terbesar di dunia yang mengeluarkan kira-kira 200,000 kenderaan setahun di Rusia, kira-kira empat peratus daripada kapasiti pengeluaran globalnya.
Banyak operasi kilang di Rusia telah menggantung pengeluaran dan pekerja diberhentikan kerana kekurangan peralatan berteknologi tinggi susulan banyak sekatan sejak perang Rusia-Ukraine pada 24 Februari lalu.
Operasi Hyundai di kilangnya di St Petersburg telah digantung sejak Mac. -REUTERS