(Orang ramai cuba mengalihkan motosikal yang tersangkut dalam lumpur selepas berlaku tanah runtuh
akibat hujan lebat di El Castano, Venezuela/ AFP)
CARACAS, 18 Oktober - Tanah runtuh di utara Venezuela telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang, kata Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada hari Isnin.
Laporan awal memaklumkan mengenai kerosakan yang ketara selepas tanah runtuh berlaku di El Castano, daerah Maracay, ibu negeri Aragua, terletak 80 kilometer (50 batu) dari Caracas.
Rakaman televisyen Venezuela menunjukkan banjir lumpur memusnahkan segala-galanya di laluannya termasuk menghanyutkan kenderaan, pokok dan batu besar.
(Presiden Venezuela Nicolas Maduro meninjau di kawasan terjejas selepas berlaku tanah runtuh
akibat hujan lebat di El Castano, Venezuela/ AFP)
Maduro membuat pengumuman itu semasa berucap di Las Tejerias, lokasi tanah runtuh yang berlaku seminggu lalu, menyebabkan 54 orang mati dan lapan hilang, menurut angka terbaharu yang dipetik presiden. -AFP