fb fb fb fb fb

1.4 juta individu dewasa di Kanada alami 'Long COVID'

(Foto fail REUTERS)

OTTAWA, 18 Oktober- Kira-kira 1.4 juta individu dewasa di Kanada menunjukkan mereka mengalami simptom sekurang-kurangnya tiga bulan selepas ujian positif COVID-19 atau disyaki jangkitan, menurut statistik agensi kebangsaan.

Daripada mereka yang menunjukkan ujian positif sebelum ini atau disyaki jangkitan COVID-19, sebanyak 14.8 peratus mengalami simptom sekurang-kurangnya tiga bulan selepas jangkitan mereka, kata agensi itu, sambil menambah ia diterjemahkan kepada kira-kira 1.4 juta individu dewasa Kanada atau 4.6 peratus daripada penduduk negara itu berusia 18 tahun ke atas, lapor Xinhua.

Menerusi kerjasama Agensi Kesihatan Awam Kanada, agensi statistik berkenaan mengeluarkan maklumat mengenai warga Kanada yang mengalami gejala jangka panjang selepas diuji positif COVID-19 atau mengesyaki jangkitan itu sebelumnya.

Menurut agensi itu, peratusan wanita lebih tinggi mengalami gejala berpanjangan berbanding lelaki.

Tiada perbezaan ketara mengikut kumpulan umur ditemui dalam peratusan individu dewasa Kanada yang melaporkan gejala berpanjangan.

Keletihan adalah simptom yang paling tidak dapat diselesaikan, diikuti batuk dan sesak nafas, kata agensi itu. -BERNAMA


(Foto fail)

Media Baharu