fb fb fb fb fb

Hukuman mati K Datchinamurthy ditangguhkan

SINGAPURA, 28 April- Hukuman mati ke atas seorang lagi rakyat Malaysia, K Datchinamurthy yang dijadualkan esok di Singapura ditangguhkan.

Ini setelah Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman mati ke atas lelaki itu.

Datchinamurthy, 36, sepatutnya menjalani hukuman gantung esok, dua hari selepas D. Nagaenthran dihukum gantung.

Menurut peguam aktivis hak asasi Singapura, M Ravi, permohonan penangguhan itu dibenarkan sementara menunggu satu lagi keputusan perbicaraan pada 20 Mei ini.

Dia didakwa atas tuduhan mengedar 44.96 gram diamorfin ke Singapura pada 2011 dan dijatuhi hukuman mati pada 2015.

(K Datchinamurthy yang dijadualkan esok di Singapura ditangguhkan)

Keluarga Datchinamurthy baru-baru ini menerima notis pelaksanaan hukuman mati yang dijadualkan pada 29 April ini.

Permohonan penangguhan Datchinamurthy difailkan sendiri olehnya dan didengar dalam perbicaraan tertutup pada jam 9.30 pagi tadi.

M Ravi, yang sebelum ini mewakili tertuduh berkata, prosiding pada 20 Mei ini adalah berhubung tindakan pihak penjara menghantar perbualan antara Datchinamurthy dengan peguamnya kepada Pejabat Peguam Negara.

Singapura antara negara yang mempunyai undang-undang narkotik paling tegas di dunia. -AFP

Media Baharu