GAZA, 21 Disember - Sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di kawasan kejiranan Al Sheikh Radwan di Gaza City, susulan hujan lebat yang melanda dua hari sebelum kejadian.
Pada malam kejadian, Pasukan Pertahanan Awam berjaya mengeluarkan lima orang yang masih hidup bawah runtuhan, termasuk kanak-kanak.
Media tempatan melaporkan, anggota menyelamat masih berusaha mengeluarkan mangsa lain di celah-celah runtuhan dengan menggunakan peralatan yang terhad.
Mereka berdepan pelbagai cabaran dalam usaha menyelamatkan mangsa, ekoran struktur bangunan yang lemah disebabkan pengeboman berpanjangan tentera Israel di seluruh Gaza. -REUTERS