LAUREL,16 Februari- Hujan lebat pada Sabtu mencetuskan banjir di beberapa kawasan di Kentucky dan Tennessee.
Gabenor Kentucky, Andy Beshear, mengisytiharkan darurat pada Jumaat apabila ribut melanda Lembah Mississippi.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah mengeluarkan amaran banjir kilat untuk kawasan di tengah dan selatan Kentucky.
Puluhan lebuh raya dilanda banjir dan beberapa penduduk terperangkap, lapor The New York Times.- REUTERS