fb fb fb fb fb

Houthi lancar serangan peluru berpandu ke atas Israel

Kepulan asap selepas serangan peluru berpandu dari Yaman ke tengah Israel/ REUTERS

BAITULMAQDIS, 16 September- Jurucakap tentera Houthi Yahya Sarea berkata kumpulan itu menyerang Israel dengan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang bergerak sejauh 2,040 kilometer (1270 batu) dalam masa hanya 11.5 minit.

Seorang pegawai tentera Israel berkata peluru berpandu itu dipukul oleh pemintas dan pecah di udara, bukannya dimusnahkan sepenuhnya.

Siren udara dibunyikan di Tel Aviv ketika perluru berpandu berkenaan merentasi tengah Israel kira-kira pukul 6.35 pagi waktu tempatan.

Serpihan peluru berpandu menyebabkan sembilan orang cedera ringan ketika mencari perlindungan.

Reuters melihat asap berkepul-kepul di padang terbuka di tengah Israel.

Houthi telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel berulang kali sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin, sejak perang Gaza bermula pada Oktober lalu.

Sebelum ini, peluru berpandu Houthi tidak berjaya menembusi ruang udara Israel, dengan satu-satunya dilaporkan mengenai wilayah Israel jatuh di kawasan lapang berhampiran pelabuhan Laut Merah Eilat pada Mac.

Menurut Sarea, Israel sepatutnya menjangkakan lebih banyak serangan pada masa akan datang "dalam mengenang kembali kejadian pada 7 Oktober, termasuk bertindak balas terhadap pencerobohannya ke atas bandar Hodeidah."

Sementara itu Timbalan ketua pejabat media Houthi, Nasruddin Amer, menerusi satu hantaran di X berkata, peluru berpandu itu telah sampai ke Israel selepas "20 peluru berpandu gagal memintas". Ia disifatkan sebagai "permulaan".- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI