(Seorang penduduk di kawasan sekitar merakam imej kebakaran di atas bumbung Swissotel Al Murooj/FOTO Emad Farid)
DUBAI, 28 April - Satu kebakaran besar berlaku melibatkan sebuah hotel mewah yang tidak jauh dari menara tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Rabu.
Insiden yang berlaku di Swissotel Al Murooj itu menyebabkan pelanggan dan orang ramai di sekitarnya menjadi cemas .
Beberapa buah jentera bomba dan kereta polis dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran di bahagian bumbung hotel bertaraf lima bintang itu.
Kebakaran berjaya dikawal selepas satu jam kemudian dan tiada kecederaan serta kerosakan dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa siri kebakaran di bangunan tinggi di negara itu telah menimbulkan persoalan tentang aspek keselamatan pelapis dan bahan lain yang digunakan. - RUETERS
(Bumbung bangunan hotel selepas api telah dipadamkan/FOTO Pertahanan Awam Dubai)