TEGUCIGALPA, 25 April- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran Honduras kini sedang mengalami krisis pembunuhan dengan niat terhadap wanita, dengan sekurang-kurangnya 66 wanita dibunuh setakat tahun ini.
Negara itu merekodkan kadar pembunuhan wanita tertinggi di Amerika Latin, kata penyelaras residen PBB Alice Shackelford.
"Kami berada dalam keadaan kecemasan, merujuk jumlah kes pembunuhan terhadap wanita," katanya kepada pemberita.
"Kami berada dalam situasi membimbangkan," tambah Shackelford, menyuarakan kebimbangan bahawa keganasan terhadap wanita seakan sedang dinormalisasi dan golongan itu dianggap sebagai objek seksual.
Pada 2023, kira-kira 380 pembunuhan wanita telah direkodkan di negara Amerika Tengah itu, menurut Pemerhati Keganasan Universiti Autonomi Kebangsaan Honduras.
“Tahap kebencian dan penghinaan terhadap wanita adalah jelas,” kata pengarah Observatory Migdonia Ayestas kepada AFP.
"Kaum lelaki percaya mereka mempunyai hak ke atas tubuh, pemikiran dan tingkah laku wanita dan mereka mengambil nyawa mereka," katanya.-AFP