BAITULMAQDIS, 9 Oktober- Kumpulan Hizbullah menyasarakan peluru artileri dan roket ke arah tentera Israel berhampiran kampung Labbouneh di sempadan Lubnan pada Rabu.
Siren berbunyi di utara Israel pada Rabu manakala tiga anggota tentera Israel cedera parah dalam pertempuran di selatan Lubnan pada Selasa.
Sementara itu serangan udara tentera Israel di selatan Lubnan 24 jam sebelumnya membunuh sekurang-kurangnya 50 pejuang termasuk enam komander sektor dan pegawai daerah.
Ketegangan serantau semakin meningkat berikutan serangan rejim Zionis ke atas Gaza setahun yang lalu. Beberapa minggu ini meningkat lagi dan ia melibatkan Lubnan.
Pada 1 Oktober, Iran, menembak peluru berpandu ke arah Israel.
Pada Selasa, Iran memberi amaran kepada Israel agar tidak meneruskan serangan balas.
Menteri Luar Iran menyatakan bahawa sebarang serangan terhadap infrastruktur negara itu akan dibalas.
Pada masa sama seorang pegawai Iran memberitahu negara-negara Asia Barat bahawa "tindakan Israel tidak boleh diterima."- REUTERS