fb fb fb fb fb

Australia, New Zealand siap sedia hadapi ancaman selesema burung

Foto fail REUTERS

CANBERRA, 9 Oktober- Australia dan New Zealand sedang bersiap sedia ancaman selesema burung ydengan mengetatkan biosekuriti di ladang, menguji burung pantai dan memberi vaksin kepada spesies yang mudah terdedah.

Oceania ialah wilayah terakhir di dunia yang bebas daripada selesema burung H5N1 klad 2.3.4.4b telah membunuh ratusan juta burung dan puluhan ribu mamalia sejak ia muncul di Asia, Eropah dan Afrika pada 2020.

Para saintis dan pegawai berkata terdapat risiko lebih tinggi, terutamanya di Australia berikutan penghijrahan burung pantai pada September hingga November.

"Ia satu ancaman kepada ekosistem negara kita," kata Pesuruhjaya Spesies Terancam di Kementerian Alam Sekitar Australia, Fiona Fraser.

"Banyak spesies kami tidak ditemui di tempat lain di dunia," katanya.

"Spesies yang terdedah mungkin menjejaskan populasi jangka panjang dan risiko kepupusan."

Pegawai takut kematian besar-besaran akibat selesema burung dan juga spesies hampir pupus termasuk singa laut, angsa hitam dan pelbagai jenis burung laut, dan kehilangan berjuta-juta ternakan ayam.

Lebih 100 juta ayam dan ayam belanda telah mati atau dimusnahkan di Amerika Syarikat disebabkan H5N1. Menurut Majlis Perhubungan Luar Negeri Amerika Syarikat, ia menyebabkan kerugian ekonomi sehingga $3 bilion menjelang akhir tahun lepas.

Virus berkenaan membunuh kira-kira 50,000 anjing laut dan singa laut manakala lebih daripada setengah juta burung liar turut terjejas.

Bagaimanapun pegawai kesihatan memaklumkan, risiko virus berkenaan terhadap manusia adalah rendah.

New Zealand juga tidak mungkin dapat mengelakkan virus itu dalam jangka masa panjang, kata Ketua Pegawai Veterinar untuk Kementerian Industri Utama New Zealand Mary van Andel.

"Pengasingan geografi melindungi kami daripada HPAI (selesema burung dengan patogenik tinggi) pada masa lalu, tetapi kami tidak boleh bergantung kepadanya selama-lamanya," katanya.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI