fb fb fb fb fb

Korban banjir di Niger meningkat hampir 200 orang

(Gereja dan bangunan lain ditenggelami banjir di sepanjang
lebuh raya timur-barat di Niger/FOTO AFP)

NIAMEY, 23 Oktober - Sekurang-kurangnya 195 orang terbunuh dan menjejaskan lebih 322,000 yang lain susulan banjir akibat hujan lebat di Niger, lapor pihak berkuasa pada Sabtu.

Banjir melanda beberapa kawasan di negara itu mengorbankan seramai 59 maut akibat lemas dan 136 lagi meninggal dunia dalam rumah yang runtuh manakala seramai 211 orang dilaporkan cedera.

Angka itu dilaporkan sehingga semalam berdasarkan Perkhidmatan Perlinduangan Awam yang dilihat AFP.

Musim hujan pada tahun ini juga dianggap paling terburuk dalam sejarah negara Afrika Barat. 

Sementara itu, pada awal ini sahaja banjir akibat musim hujan di tengah-tengah Sahel turut meragut 192 nyawa dan menjejaskan lebih 263, 000 orang di Niger. 

Kejadian bencana akibat hujan itu juga telah merosakkan lebih 30,000 rumah, 83 bilik darjah, enam pusat kesihatan dan 235 kedai bijirin.

(Orang ramai  bergerak menggunakan bot selepas kenderaan
mereka terkandas di lebuh raya akibat banjir/FOTO AFP)

Antara kawasan paling teruk terjejas ialah Maradi dan Zinder di tengah negara, selain Dosso di barat daya dan Tahoua di barat.

Dilaporkan musim hujan yang bermula Jun dan boleh berlarutan sehingga Oktober, malah kerap meragut nyawa, namun kadar kematian tahun ini dianggap amat serius.

Sepanjang tahun lalu, seramai 70 orang terbunuh dan 200,000 yang lain terjejas. Jumlah kematian pada 2020 pula seramai 73 orang.

Di negara jiran Nigeria, lebih 600 dilapor meninggal dunia sejak Jun dalam banjir paling dahsyat dalam sedekad. - AFP

Media Baharu