fb fb fb fb fb

Gerhana matahari separa dari Iceland ke India pada Selasa

(FOTO FAIL AFP)

PARIS, 22 Oktober - Gerhana matahari separa akan dapat dilihat merentasi kawasan Hemisfera Utara pada Selasa, dengan ahli astronomi amatur diberi amaran berhati-hati menonton fenomena yang jarang berlaku itu.

Institut IMCCE di Balai Cerap Paris di Perancis berkata gerhana akan bermula pukul 8.58 pagi di Iceland dan berakhir di pantai India pada pukul 1.02 petang melintasi Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

(FOTO FAIL AFP)

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintas antara matahari dan bumi, memancarkan bayang-bayangnya ke planet kita.

Gerhana matahari penuh berlaku apabila bulan menyekat sepenuhnya cakera matahari, menjerumuskan sebahagian bumi ke dalam kegelapan sepenuhnya.

Bagaimanapun, Balai Cerap Paris memaklumkan, gerhana Selasa ini hanyalah sebahagian dan bayang-bayang bulan tidak akan menyentuh langsung permukaan bumi.

"Bulan akan meliputi maksimum 82 peratus matahari di atas Kazakhstan, namun ia tidak akan cukup untuk menggelapkan siang hari," kata ahli astronomi di Balai Cerap Paris, Florent Deleflie.

Tambah Delefile, untuk mula merasakan kegelapan di langit, untuk melihat sejenis cahaya sejuk, matahari perlu sekurang-kurangnya 95 peratus dikaburkan.- AFP

Media Baharu