fb fb fb fb fb

Ribut tropika Roslyn menuju pantai barat Mexico, kekuatan taufan kini dalam kategori tiga

(FOTO AFP)

MEXICO, 22 Oktober - Ribut tropika Roslyn dilaporkan bergerak laju menuju ke pantai barat Mexico dan dijangka mendarat dengan kekuatan taufan kategori tiga.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata ribut itu berada 270 kilometer di barat daya bandar pelabuhan Manzanillo.

(FOTO FAIL AFP)

"Kelajuan angin telah meningkat kepada hampir 195 kilometer sejam dan bergerak ke barat laut dengan kelajuan 11 kilometer sejam dengan tiupan lebih tinggi. Roslyn ialah taufan kategori tiga pada Skala Angin Taufan Saffir-Simpson," kata NHC dalam laporan terbaharunya.

NHC turut memaklumkan, hujan lebat yang berlaku boleh menyebabkan banjir kilat serta berkemungkinan berlaku tanah runtuh.-AFP

Media Baharu