UNITED STATES, 7 November – Jumlah kematian akibat nahas pesawat kargo milik UPS yang terhempas dan terbakar ketika berlepas dari lapangan terbang di Louisville, Kentucky meningkat kepada 14 orang pada Jumaat.
Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Louisville, Craig Greenberg menerusi satu siaran video.
“Selamat petang, Louisville. Dengan hati yang berat, saya ingin mengumumkan bahawa seorang lagi mangsa telah ditemui di lokasi nahas malam ini. Ini menjadikan jumlah mangsa yang dikenal pasti sebanyak 14 orang.
"Kami mendoakan keluarga setiap mangsa dan berharap tiada lagi mangsa yang terkorban. Sementara itu, pasukan penyelamat terus melakukan pencarian dan mencari jawapan yang kita semua harapkan", katanya.
Pesawat itu dilaporkan terbakar sejurus berlepas, menyebabkan beberapa siri kebakaran dan letupan di kawasan perindustrian berhampiran, termasuk sebuah pusat kitar semula petroleum yang turut musnah dalam kejadian itu.-REUTERS