MANILA, 7 November – Imej satelit inframerah pada Jumaat menunjukkan Taufan Fung-wong semakin mengganas di perairan Filipina, ketika negara itu bersiap siaga menghadapi badai baharu selepas Taufan Kalmaegi, minggu lalu.
Taufan Fung-wong dijangka bertukar menjadi taufan yang sangat kuat sebelum mendarat di utara Filipina pada Ahad (9 November) malam atau awal pagi Isnin.
Pihak berkuasa penerbangan awam Filipina telah menempatkan semua pusat kawalan dan operasi lapangan terbang dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap maksimum sebagai persediaan menghadapi Fung-wong.
Ia dijangka membawa angin kencang sehingga 195 km/j (122 mph), menurut Balai Cerap Hong Kong pada Jumaat.
Sementara itu, Kalmaegi, taufan ke-13 yang terbentuk di Laut China Selatan tahun ini, meragut 188 nyawa, 135 orang masih hilang dan 96 cedera di Filipina.-REUTERS