fb fb fb fb fb

Cegah selsema burung, lebih 40,000 ayam belanda dihapuskan

AMSTERDAM, 23 Oktober - Kira-kira 44,000 ayam belanda di sebuah ladang dihapuskan oleh pihak berkuasa kesihatan di negara ini susulan pengesanan sejenis selesema burung mudah berjangkit.

Menurut Kementerian Pertanian, ladang tersebut kira-kira 50 kilometer (km) dari tenggara Utrecht terletak di bandar Hedel.

Susulan itu, katanya larangan pengangkutan dikenakan ke atas 10 ladang tambahan berdekatan.

(FOTO REUTERS)

Pada awal tahun ini sahaja puluhan kes dikesan manakala lebih sedozen kes selesema burung yang berisiko membawa maut dilaporkan di Belanda pada bulan lalu.

Perancis juga menyaksikan peningkatan semula dalam kes selepas mengalami gelombang selsema burung yang paling teruk pada awal tahun ini. - REUTERS

Media Baharu