fb fb fb fb fb

Hamas umum senarai 20 tebusan dijangka dibebaskan

Foto AFP

GAZA, 13 Oktober -Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, pada Isnin telah mengeluarkan senarai 20 tebusan yang masih hidup dan dijangka akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dengan Israel.

Senarai tersebut disiarkan menerusi saluran rasmi Telegram dan merupakan sebahagian daripada 48 individu yang ditawan termasuk yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

Setakat ini, Israel masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung senarai yang diumumkan itu.

Dalam pada itu, penjara Israel serta pasukan keselamatan dilaporkan bersiap sedia pada pagi Isnin di selatan Israel, termasuk di Penjara Ketziot dan Ofer di Tebing Barat, bagi melaksanakan pembebasan tahanan Palestin.

Pembebasan tebusan dijangka bermula pada 8.00 pagi (waktu tempatan) melalui Koridor Netzarim dan pukul 10.00 pagi di Khan Younis, selatan Gaza, menurut laporan media Israel. AFP/REUTERS

TETITIA YUSOFF