fb fb fb fb fb

Hamas umum bebaskan 3 lagi tebusan Israel

Pejuang Hamas mengiringi tahanan Israel, Ohad Ben Ami di atas pentas sebelum menyerahkannya kepada pasukan Palang Merah di Deir el-Balah, Gaza tengah, pada 8 Februari 2025 / AFP

GAZA CITY, 14 Februari- Hamas mengesahkan pada Jumaat bahawa mereka akan membebaskan tiga lagi tebusan Israel dari Semenanjung Gaza pada hari Sabtu.

Itu termasuk seorang yang telah ditahan oleh kumpulan bersenjata Palestin, Islamic Jihad.

"Bawah perjanjian pertukaran tahanan, Briged Al-Qassam telah memutuskan untuk membebaskan tahanan Israel (tebusan) berikut pada hari Sabtu," kata Abu Obeida, jurucakap sayap bersenjata itu melalui Telegram.

AFP tidak menerbitkan nama-nama tersebut kerana ia masih perlu disahkan oleh pihak berkuasa Israel.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE