fb fb fb fb fb

Hamas serah tebusan kepada Israel, kenderaan Palang Merah kelihatan di Deir al-Balah

Foto AFP

DEIR AL-BALAH, 13 Oktober – Kenderaan Palang Merah dilihat melalui kawasan Deir al-Balah di Gaza pada Isnin ketika Hamas menyerahkan kumpulan terakhir tebusan Israel yang masih hidup, sekali gus menandakan langkah penting dalam usaha menamatkan dua tahun konflik di wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan tentera Israel, kesemua 20 tebusan Israel yang masih hidup telah diserahkan sepenuhnya pada Isnin, dengan baki 13 individu diterima selepas kumpulan pertama seramai tujuh orang tiba lebih awal pada hari yang sama.

Rakaman televisyen Israel turut menunjukkan beberapa bas membawa tahanan Palestin yang dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tebusan bergerak keluar dari penjara Israel menuju ke wilayah Palestin.

Pembebasan kedua-dua pihak itu merupakan fasa pertama pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi menamatkan peperangan di Gaza. Gencatan senjata berkuat kuasa sejak Jumaat lalu.

Fasa rundingan seterusnya dijangka menumpukan kepada tuntutan agar Hamas melucutkan senjata serta menamatkan pentadbirannya di Gaza, wilayah yang dikuasainya sejak menyingkirkan Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Presiden Mahmud Abbas pada tahun 2007. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN