fb fb fb fb fb

Hamas respons cadangan usul gencatan senjata, pembebasan tebusan

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken (kiri) dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dalam satu pertemuan di Doha, Qatar/Reuters

DOHA, 7 Februari- Hamas mengesahkan pihaknya telah menjawab cadangan bagi usul gencatan senjata di Gaza termasuk membebaskan tebusan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken pada Selasa di Doha.

""Kami berharap untuk melihat ia membuahkan hasil tidak lama lagi," kata Sheikh Mohammed.

Bagaimanapun, perincian mengenai maklum balas Hamas tidak didedahkan.

Menerusi satu kenyataan, Hamas menyatakan bahawa pihaknya menjawab dalam nada positif, demi memastikan satu gencatan senjata menyeluruh dan lengkap, mengakhiri keganasan di Gaza.

Hamas juga mahu Israel membebaskan seramai mungkin banduan Palestin.

Mengulas mengenainya, Blinken optimis bahawa satu perjanjian boleh disepakati dan boleh dicapai.

Dalam pada itu, Amerika menegaskan White House sedang mengkaji maklum balas daripada Hamas itu.

Qatar, yang bertindak sebagai salah satu daripada ‘orang tengah’ utama dalam rundingan dengan Hamas menerima maklum balas daripada kumpulan itu pada Selasa.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM