fb fb fb fb fb

Raja Charles III hidap kanser, Putera Harry pulang ke Istana Buckingham

Foto Reuters

LONDON, 7 Februari- Putera Harry pulang ke United Kingdom untuk berada di sisi ayahandanya, selepas pengumuman dari Istana Buckingham bahawa Raja England, Raja Charles III menghidap kanser.

Putera kedua Raja Charles III itu tiba di London pada Selasa dari California, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kelibat isteri Putera Harry, Meghan dan dua anak mereka, Putera Archie dan Puteri Lilibet tidak kelihatan kembali ke UK.

Sumber diraja berkata Putera Harry juga tiada rancangan untuk bertemu abangnya Putera William semasa di London.

Kepulangan Putera Harry telah mencetuskan spekulasi tentang perdamaian dengan keluarganya, selepas bertahun-tahun terpisah.

Raja Charles III yang disahkan menghidap kanser pada Isnin akan menangguhkan beberapa tugas rasmi sementara menjalani rawatan.

Hubungan Putera Harry dengan keluarganya telah renggang sejak beliau dan Meghan berpindah ke California pada 2020.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM