SYDNEY, 7 Februari - Australia akan memperkenalkan undang-undang yang memberi hak kepada pekerja untuk mengabaikan panggilan dan mesej tidak munasabah daripada ketua atau bos mereka diluar waktu kerja.
Majikan akan dikenakan denda jika ada yang melanggar peraturan.
"Hak itu yang dikatakan akan melindungi hak pekerja dan membantu memulihkan keseimbangan kehidupan kerja."
Undang-undang serupa juga sudah pun dilaksanakan di Perancis, Sepanyol dan negara lain di Kesatuan Eropah.
Majoriti senator kini mengisytiharkan sokongan terhadap undang-undang itu, kata Menteri Pekerjaan Tony Burke dari parti Buruh pada Rabu.
Peruntukan itu menghalang pekerja daripada bekerja lebih masa tanpa bayaran gaji melalui hak untuk mengabaikan arahan diluar waktu bekerja, kata Burke.
"Apa yang kami katakan ialah seseorang yang tidak dibayar 24 jam sehari tidak seharusnya dihukum jika mereka tidak berada dalam talian dan tersedia 24 jam sehari," kata Perdana Menteri Anthony Albanese kepada pemberita pada Rabu.
Rang undang-undang itu dijangka akan diperkenalkan di parlimen akhir minggu ini.
Rang undang-undang itu juga termasuk peruntukan lain seperti laluan yang lebih jelas daripada kerja sementara ke tetap dan piawaian minimum untuk pekerja sementara dan pemandu trak.
Sesetengah ahli politik, kumpulan majikan dan pemimpin korporat berpandangan langkah itu memberi kesan kepada daya saing.
Greens berhaluan kiri, yang menyokong peraturan itu dan merupakan yang pertama mencadangkannya tahun lepas, berkata ia adalah kemenangan besar bagi parti.
Satu perjanjian telah dicapai antara buruh, parti yang lebih kecil dan bebas untuk menyokong rang undang-undang ini, kata pemimpin Greens Adam Bandt di Twitter.
"Secara purata rakyat Australia bekerja enam minggu tanpa gaji lebih masa setiap tahun," kata Bandt.
Itu bersamaan dengan lebih daripada A$92 bilion ($60.13 bilion) gaji yang tidak dibayar di seluruh ekonomi, tambahnya. - REUTERS