fb fb fb fb fb

Gunung Merapi meletus, muntahkan abu

Foto fail Gunung Merapi/BERNAMA

JAKARTA, 3 Disember- Gunung Merapi di Indonesia di wilayah Sumatera Barat meletus dan memuntahkan abu gunung berapi setinggi 3,000 meter ke udara, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

Gunung berapi setinggi 2,891 meter itu meletus pada 2.54 petang Ahad waktu tempatan. Abu gunung berapi itu merebak ke daerah berhampiran, kata pihak berkuasa. Gambar dari BNPB menunjukkan kereta dan jalan raya ditutup dengan abu.

Pihak berkuasa menghalang penduduk dan pelawat daripada menjalankan sebarang aktiviti dalam jarak tiga kilometer dari kawah, dan telah menetapkan tahap amaran tertinggi kedua untuk Gunung Merapi.

"Kami telah mengedarkan topeng pelitup muka kepada penduduk dan menggalakkan mereka untuk berada di dalam rumah mereka," kata pegawai di unit pengurusan bencana tempatan BPBD Ade Setiawan.

Menurut agensi volkanologi Indonesia terletak di kawasan Pasifik yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik kerana mempunyai 127 gunung berapi aktif.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI