MOSCOW, 3 Disember- Tentera Rusia menyerang pos komander pertahanan udara Timur Ukraine dan pusat amaran di pusat bandar Dnipro, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Ahad.
Ia berkata serangan dilakukan menerusi operasi-taktikal dengan penerbangan tentera, kenderaan udara tanpa pemandu, pasukan peluru berpandu dan meriam.
Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan laporan medan perang daripada kedua-dua pihak.
Tentera Udara Ukraine berkata, Rusia melancarkan 12 dron dan peluru berpandu di Ukraine semalam, dengan sistem pertahanan udara memusnahkan 10 dron sebelum ia menuju ke sasaran.- REUTERS