HAWAII, 23 Ogos – Gunung berapi Kilauea, salah satu gunung berapi paling aktif di dunia, kembali meletus pada Jumaat lalu, menurut rakaman yang dikeluarkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Letusan kali ini menyaksikan pancutan lava setinggi 30 meter (100 kaki) ke udara, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.
Menurut laporan, letusan tersebut berlaku dalam kawah puncak gunung berapi itu dan tidak mengancam kawasan penempatan penduduk.
Ini merupakan letusan ke-31 Kilauea sejak Disember tahun lalu, menandakan peningkatan aktiviti gunung berapi berterusan di kawasan tersebut.
Gunung berapi Kilauea terletak di Pulau Hawaii, iaitu pulau terbesar dalam gugusan Kepulauan Hawaii. Lokasinya adalah kira-kira 200 kilometer (320 batu) di selatan bandar terbesar negeri itu, Honolulu, yang terletak di Pulau Oahu.-REUTERS