fb fb fb fb fb

Guna anggota tentera untuk perangi kartel dadah - Presiden Trump

Kartel dadah yang dianggap sebagai organisasi pengganas / Foto AFP

WASHINGTON, 9 Ogos - Presiden Donald Trump akan memerangi kartel dadah Amerika Latin dengan menggunakan anggota tentera, kata media Amerika pada Jumaat, selepas Washington pengisytiharan beberapa kumpulan pengedar narkotik sebagai organisasi pengganas awal tahun ini.

The New York Times melaporkan bahawa Presiden Trump telah mengarahkan Pentagon untuk menggunakan kekuatan tentera terhadap kartel dadah yang dianggap sebagai organisasi pengganas.

The Wall Street Journal pula menyatakan, Presiden Trump mengarahkan pasukan sedia ada termasuk penggunaan pasukan khas dan sokongan perisikan dengan tindakan diselaraskan bersama rakan negara terlibat.

"Keutamaan Presiden Trump adalah melindungi tanah air dengan mengambil langkah berani mengisytiharkan kartel dadah sebagai pertubuhan pengganas", kata Jurucakap White House, Anna Kelly.

Pada Februari, Amerika mengisytiharkan Tren de Aragua dari Venezuela, Kartel Sinaloa dari Mexico dan enam lagi kumpulan pengedar dadah di Amerika Latin sebagai kumpulan pengganas.

Tetapi, Kementerian Luar Mexico menegaskan bahawa Mexico tidak akan menerima pembabitan pasukan tentera Amerika di wilayah mereka. - AFP

HASRON BIN HASSAN