fb fb fb fb fb

Gretchen Walsh pecah rekod dunianya, acara 100 meter gaya kupu-kupu

Atlet renang Amerika Syarikat Gretchen Walsh/ Foto Reuters

MIAMI, 4 Mei - Atlet renang Amerika Syarikat Gretchen Walsh berjaya memecahkan rekod dunianya sendiri dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu hanya beberapa jam selepas mencatat rekod baharu.

Walsh mencatat kepantasan luar biasa iaitu untuk memenangi final pada kejohanan Tyr Pro Swim Series di Fort Lauderdale, Florida, pada Sabtu.

Sebelum ini beliau merekodkan masa 55.09 saat dalam pusingan saringan, sekali gus memadam rekod dunia 55.18 saat yang diciptanya ketika saringan Olimpik AS di Indianapolis pada 15 Jun tahun lalu.

Meskipun hanya meraih pingat perak dalam acara sama di Sukan Olimpik Paris selepas selepas ditewaskan oleh rakan sepasukan, Torri Huske, Walsh membuktikan keunggulannya dalam final Sabtu ini apabila Huske sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 56.59 saat, jauh di belakang. - AFP

TETITIA YUSOFF