fb fb fb fb fb

Qatar tolak kenyataan Netanyahu mengenai rundingan gencatan senjata

Foto Reuters

DOHA, 5 Mei – Qatar pada Ahad membidas kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mendakwa negara itu perlu "berhenti bermain di kedua-dua belah pihak" dalam usaha rundingan gencatan senjata di Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari di platform X, menyifatkan kenyataan Netanyahu sebagai berunsur hasutan dan tidak bertanggungjawab.

Qatar "dengan tegas menolak kenyataan yang berunsur hasutan yang jauh daripada memenuhi piawaian paling asas tanggungjawab politik dan moral," katanya.

Negara teluk itu telah memainkan peranan penting sebagai orang tengah dalam rundingan antara Israel dan Hamas, terutamanya dalam usaha untuk mencapai gencatan senjata serta membebaskan tebusan. - AFP

TETITIA YUSOFF