fb fb fb fb fb

Greece tetapkan 1 Febuari lengkapkan suntikan dos penggalak


GREECE, 10 Januari- Greece menetapkan 1 Februari sebagai tarikh akhir untuk penduduk negara itu mendapatkan suntikan dos penggalak.

Penduduk tanpa dos penggalak dilarang daripada memasuki tempat tertutup.

Menteri Kesihatan, Thanos Plevris , menyatakan bermula1 Februari, rakyat yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak disifatkan sebagai belum lengkap divaksin.

Sejak pertengahan November, penduduk yang tidak divaksin sebahagian besarnya dilarang daripada memasuki ruang tertutup, termasuk restoran, panggung wayang, muzium dan gimnasium, sekali pun jika mereka diuji negatif COVID-19.

Sebelum Malam Tahun Baharu, pemerintah Greece menguatkuasakan sekatan apabila jumlah kes harian kembali meningkat selepas sambutan Krismas.

Separuh tenaga kerja dari sektor awam dan swasta dinasihatkan supaya bekerja dari rumah, berbanding dengan hanya 20 peratus sebelum ini.

Greece kini sedang bergelut untuk membendung penularan varian Omicron dan menggesa penduduk yang belum divaksin supaya mendapatkan suntikan segera.

Sebanyak 1,489,024 kes jangkitan dan 21,328 kematian telah dilaporkan di Greece sejak pandemik mula melanda. -AFP

Media Baharu