fb fb fb fb fb

Kes varian Omicron meningkat di Australia


AUSTRALIA, 10 Januari- Varian Omicron yang melanda banyak negara ketika ini meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital.

Di New South Wales dan Victoria melaporkan kira-kira 55,000 kes baharu, dengan jumlah jangkitan COVID-19 di Australia mencecah lebih satu juta sejak kes pertama direkodkan hampir dua tahun lalu.

2,387 kematian direkodkan setakat ini, walaupun kadar kematian semasa gelombang Omicron adalah lebih rendah daripada sebelumnya.

92 peratus individu telah melengkapkan dos vaksinasi manakala program dos penggalak semakin meningkatDi Australia .

Mulai hari ini, vaksin Pfizer akan diberikan kepada 2.3 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Selepas berjaya mengekang virus menerusi kawalan sempadan di awal wabak , Australia kini berdepan peningkatan jangkitan dengan virus Omicron.

Peraturan ketat di pintu sempadan Australia sekali lagi menjadi tumpuan selepas pihak berkuasa menggugurkan pembatalan visa bintang tenis, Novak Djokovic yang sebelum ini dilaporkan tidak divaksin. -AFP

Media Baharu