fb fb fb fb fb

Google bangunkan perisian keselamatan siber Australia

Foto REUTERS

SYDNEY,22 Ogos- Google dan Agensi Sains kebangsaan Australia mengesahkan akan bekerjasama bagi membangunkan perisian yang dapat mengesan dan membetulkan kelemahan rangkaian untuk pengendali infrastktur kritikal secara automatik dalam usaha menghadapi lonjakan serangan siber.

Beberapa perisian untuk organisasi seperti hospital, agensi pertahanan dan pembekal tenaga akan disesuaikan dan diselaraskan sesuai dengan peraturan kawal selia Australia.

"Kerentanan rantaian bekalan perisian adalah isu global, dan Australia telah menerajui langkah perundangan untuk mengawal dan memerangi risiko," kata Stefan Avgoustakis, ketua amalan keselamatan Google Cloud di Australia dan New Zealand.

Kerajaan Australia telah mengenakan syarat yang lebih ketat kepada pengendali infrastruktur kritikal untuk melaporkan dan mengekang serangan siber selepas beberapa pelanggaran dalam tempoh dua tahun yang lalu menyebabkan separuh maklumat peribadi penduduk Australia yang berjumlah 26 juta orang terdedah.

"Perkongsian penyelidikan itu akan menggandingkan pangkalan data kerentanan sumber terbuka sedia ada dan awan storan Google dengan kaedah penyelidikan Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Perindustrian Komanwel (CSIRO)", kata pihak berkenaan dalam satu kenyataan.

Google berkata rancangan itu adalah sebahagian daripada komitmen lima tahun yang dibuatnya pada 2021 iaitu membelanjakan AS$1 bilion di Australia ketika desakan untuk mengawal ketat firma teknologi global yang menyebabkan hubungan negara berkenaan dengan firma Amerika Syarikat (AS) dingin.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD