fb fb fb fb fb

Faktor cuaca punca nahas helikopter dinaiki Raisi

Foto REUTERS

DUBAI, 22 Ogos-Punca nahas helikopter yang mengorbankan bekas Presiden Iran, allahyarham Ebrahim Raisi adalah disebabkan oleh faktor cuaca dan ketidakupayaan pesawat itu untuk menampung berat yang dibawanya, lapor agensi berita separuh rasmi Iran pada Rabu, memetik sumber keselamatan yang dimaklumkan mengenai keputusan akhir siasatan nahas tersebut.

Laporan awal oleh tentera Iran pada Mei lalu bahawa tiada bukti atau serangan ditemui semasa siasatan.

“Siasatan kes nahas helikopter Ayatollah Raisi telah selesai.

"Ada kepastian sepenuhnya bahawa apa yang berlaku adalah kemalangan,” kata sumber keselamatan yang tidak dinamakan itu kepada agensi berita Fars.

Siasatan menunjukkan bahawa helikopter itu membawa dua orang lebih daripada kapasiti yang dibenarkan oleh protokol keselamatan, kata sumber itu kepada Fars.

Pada 19 Mei lalu, Raisi dilaporkan sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis perasmian sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan.

Selain Raisi dan Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu lain juga dilaporkan berada di dalam helikopter itu.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD