fb fb fb fb fb

Golongan enggan divaksin akan terus 'diganggu' - Presiden Perancis


FOTO: REUTERS

PARIS, 6 Januari - Kehidupan rakyat Perancis yang masih enggan terima suntikan vaksin COVID-19 akan terus 'diganggu'.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Kenyataan tersebut mencetuskan kecaman hebat dari pihak pembangkang, kira-kira empat bulan sebelum pilihan raya presiden akan diadakan.

“Bagi golongan belum divaksin, saya memang mahu ‘kacau’ mereka. Kami akan terus melakukan demikian sehingga mereka ambil vaksin”, kata Macron dalam satu wawancara bersama akhbar tempatan.

Tahun lalu, penguatkuasaan pas kesihatan menyebabkan penduduk tidak dapat masuk ke restoran, kafe atau tempat awam kerana tiada kad atau bukti vaksinasi.

Kerajaan mahu mengubahnya menjadi ‘pasport vaksin’, bermakna hanya penduduk sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap boleh memiliki pas kesihatan.

“Saya tidak akan menghantar (individu belum divaksin) ke penjara, saya juga tidak akan memaksa golongan itu mengambil vaksin.

Mulai 15 Januari ini, golongan yang enggan divaksin tidak akan dapat menikmati beberapa keistimewaan seperti tidak dibenarkan memasuki restoran, kafe, kelab malam dan panggung wayang. - REUTERS

 

Media Baharu