fb fb fb fb fb

"Gigil", "Alamak" antara perkataan baharu yang ditambah dalam kamus Oxford

Tangkap layar laman sesawang OED, memaparkan perkataaan "alamak".

LONDON, 28 Mac- Perkataan "Gigil" dari Filipina telah ditambah dalam Kamus Inggeris Oxford (OED), yang merujuk kepada perasaan yang sangat mendalam apabila melihat sesuatu yang comel atau menggemaskan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gigil adalah antara banyak perkataan baharu yang telah ditambah kepada OED, kamus itu mengumumkan pada Khamis dalam kemas kini Mac 2025.

Perkataan baharu itu berasal daripada bahasa Tagalog-antara bahasa utama yang dituturkan di Filipina - tetapi kini ia juga digunakan dalam bahasa Inggeris Filipina.

Tambahan lain ialah “alamak”, perkataan baharu dari Malaysia dan Singapura. Asal usul perkataan itu tidak pasti tetapi ia mungkin berasal dari bahasa Arab atau Portugis.

Alamak digunakan untuk menyatakan kejutan, kekeliruan, kebingungan, atau kemarahan.

Kamus itu juga menambah perkataan baharu dari Afrika Selatan, 'yoh', yang dikesan sejak 1855.

Kamus tersebut menyatakan bahawa yoh mewakili seruan atau jeritan yang digunakan untuk meluahkan pelbagai emosi atau reaksi (seperti kejutan, kekaguman, ketidakpercayaan, atau kesedihan).- BERNAMA-ANADOLU

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE