fb fb fb fb fb

Gergasi permainan video, Electronic Arts umum pemberhentian kerja

FOTO HIASAN

SAN FRANCISCO, 29 Februari- Syarikat gergasi permainan video Amerika Syarikat, Electronic Arts (EA) mengumumkan pemberhentian kerja dengan pengurangan kira-kira lima peratus pekerjanya, semalam.

EA yang popular dengan permainan video simulasi bertemakan bola sepak dikenali sebagai FC24 juga dilapor akan menghentikan beberapa permainan yang disifatkan tidak berjaya.

Namun, setakat ini, EA masih tidak mendedahkan permainan yang bakal ditamatkan itu.

Ketua Eksekutifnya, Andrew Wilson berkata, operasi syarikat sedang diperkemaskan untuk memberikan pengalaman lebih mendalam dan terhubung kepada pelanggan seluruh dunia.

"Dalam tempoh perubahan ini, kami menjangkakan ia memberi kesan kepada kira-kira lima peratus tenaga kerja kami," ujarnya.

Laporan tahunan 2023 syarikat itu menunjukkan ia mempunyai 13,400 pekerja, justeru kira-kira 670 jawatan sedang disingkirkan. -AFP

SITI AISHAH MD ISA