fb fb fb fb fb

Gunung berapi Popocatepetl di Mexico meletus

Gunung berapi Popocatepetl/Reuters

AMECAMECA, 29 Februari- Gunung berapi Popocatepetl di Mexico meletus dengan memuntahkan asap dan abu kira-kira dua kilometer (km) dari kawahnya, Selasa lalu.

Amaran kuning dikeluarkan bagi kawasan itu yang mengisyaratkan bahawa penduduk perlu berwaspada dan bersiap sedia sekiranya diarah berpindah oleh pihak berkuasa.

Selain itu, orang ramai diberi amaran supaya menjauhi Popocatepetl atas faktor keselamatan.

Terdahulu, Pusat Pencegahan Bencana Kebangsaan Mexico (CENAPRED) melaporkan terdapat lebih 77 pelepasan dari gunung berapi itu yang disertai wap air, gas gunung berapi dan abu.

Popocatepetl adalah gunung berapi paling aktif di negara tersebut.

Gunung setinggi 5,393 meter (m) yang namanya bermaksud "Gunung Merokok" itu terletak hanya 70km di tenggara Mexico City. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA