fb fb fb fb fb

Syria pintas serangan udara Israel berhampiran Damsyik

FOTO AFP/SYRIAN TV

DAMSYIK, 29 Februari- Kementerian Pertahanan Syria memaklumkan Israel telah melancarkan serangan yang menyasarkan kawasan berhampiran sini, semalam.

Namun, kebanyakkan serangan berkenaan berjaya dipintas oleh pertahanan udaranya.

“Musuh Israel melancarkan serangan udara dari arah Golan Syria yang diduduki, menyasarkan beberapa tapak di kawasan luar bandar Damsyik.

"Pertahanan udara kami bertindak balas terhadap peluru berpandu pencerobohan dan menembak jatuh kebanyakannya," menurutnya dalam kenyataan.

Seorang wartawan AFP di ibu negara Syria turut mendengar letupan diikuti dengan siren ambulans.

Sementara itu, pemantau perang, Syrian Observatory for Human Rights berkata, serangan tersebut membunuh dua pejuang pro-Hizbullah Syria dan ia menyasarkan tapak kumpulan yang disokong Iran termasuk Hizbullah Lubnan berpangkalan di dua lokasi berhampiran sini. -AFP

SITI AISHAH MD ISA