fb fb fb fb fb

340,000 kereta keluaran Jeep ditarik balik, masalah tayar

Jeep Grand Cherokee/AFP

NEW YORK, 29 Februari- Pengeluar kereta terbesar dunia, Stellantis memangil semula kira-kira 340,000 kenderaan keluaran Jeep di Amerika Syarikat kerana 'kecacatan' pada bahagian tayar.

Penarikan balik itu atas faktor keselamatan yang disifatkan boleh meningkatkan kemungkinan kemalangan.

Ia melibatkan model 2021-23 MY Jeep Grand Cherokee dan Jeep Grand Cherokee L.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan atau kemalangan yang diterima oleh syarikat terbabit berkaitan masalah pada 'bolt' itu.

Kerosakan pada 'bolt' boleh menyebabkan ia putus yang akhirnya mengakibatkan tayar jatuh dan terkeluar serta risiko kemalangan.

Sehubungan itu, pengguna model berkenaan digesa mengikut arahan pemulangan sementara pada notis yang diterima mereka. -AFP

SITI AISHAH MD ISA