fb fb fb fb fb

Puting beliung musnahkan puluhan rumah di Indonesia

FOTO REUTERS

JAWA BARAT, 29 Februari- Puting beliung bersaiz 'gergasi' memusnahkan berpuluh-puluh rumah di Indonesia, baru-baru ini.

Rakaman menunjukkan pusaran angin yang berputar-putar menanggalkan bumbung bangunan di sebuah kampung di sempadan Kabupaten Bandung dan Sumedang di Provinsi Jawa Barat pada 21 Februari lalu.

Lebih 50 penduduk dipindahkan apabila harta benda mereka rosak.

Pemangku Gabenor Jawa Barat, Bey Triadi Machmudin mengesahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu, namun beberapa penduduk dilapor cedera.

"Saya memeriksa lokasi dan memastikan tiada kemalangan jiwa, tetapi keadaan di situ masih buruk serta hujan lebat," katanya. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA