fb fb fb fb fb

Anak lembu dilahirkan dua mulut, tiga mata di India

FOTO REUTERS

BIHAR, 29 Februari- Seekor anak lembu mengejutkan penduduk kampung di timur India apabila dilahirkan dengan dua mulut dan tiga mata.

Ia dilahirkan di rumah seorang petani dikenali sebagai Dayanand Mahato di Kampung Sarvanah di sini pada 19 Februari lalu.

Penduduk yang berkumpul untuk melihat haiwan itu menyifatkan ia adalah simbol 'kemurkaan Tuhan'.

Bagaimanapun, doktor haiwan, Dr. Vidyadhar Vinayak berkata, anak lembu tersebut mempunyai peluang hidup sangat nipis disebabkan kecacatan berkenaan.

Kecacatan genetik dipanggil 'polycephaly' dipercayai berlaku oleh pembelahan embrio yang tidak tepat semasa kehamilan.

Haiwan yang mengalami 'polycephaly' kebanyakkannya tidak dapat bertahan lama selepas dilahirkan kerana beberapa komplikasi. -Reuters

2902 BD LEMBU TIGA MATA 2
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA