BERGEN, 29 Februari- Sebuah helikoper yang membawa enam individu telah terhempas di perairan Norway, namun kesemua mereka terselamat dalam nahas semalam.
Hospital Universiti Haukeland mengesahkan enam mangsa itu dirawat di kemudahannya.
Bagaimanapun, tahap kecederaan mereka buat masa ini masih tidak jelas.
Jurucakap polis berkata, kemalangan melibatkan helikopter jenis Sikorsky S-92 yang sedang melakukan misi latihan mencari dan menyelamat.
Punca nahas masih dalam siasatan.
Dilaporkan ketika kejadian, perairan itu mengalami angin kencang. -Reuters