fb fb fb fb fb

Gencatan senjata Gaza mampu berlaku serta-merta jika Hamas sahkan – Trump

Donald Trump/REUTERS

WASHINGTON, 5 Oktober – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa Israel telah bersetuju dengan satu “garisan pengunduran awal” di Gaza, yang turut dikongsi dengan pihak Hamas.

Dalam satu hantaran di media sosial pada Sabtu, Trump berkata sebaik sahaja Hamas memberikan pengesahan terhadap pelan tersebut, gencatan senjata akan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menambah langkah itu juga akan disusuli dengan pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak, sekali gus membuka jalan kepada fasa seterusnya pengunduran tentera Israel dari wilayah Palestin berkenaan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN