fb fb fb fb fb

Gencatan senjata elak perang serantau: UNHCR

Serangan udara Israel di utara Lubnan menyebabkan 18 orang maut. Foto AFP

GENEVA, 15 Oktober - Untuk kesekian kali, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menegaskan wujud keperluan mendesak memeterai gencatan senjata di Gaza dan Lubnan.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, usaha itu penting bagi mengelak konflik serantau yang lebih besar dan kesannya merebak ke seluruh dunia.

Beliau menegaskan, hanya gencatan senjata sahaja boleh membendung konflik bertukar perang serantau dan menempelak pembohongan berterusan kononnya jalan keamanan boleh dikecapi melalui peperangan.

"Gencatan senjata yang dimeterai melalui proses damai yang bermakna...adalah satu-satunya cara untuk menamatkan kitaran keganasan, kebencian, kesengsaraan ini," kata.

Beliau berkata demikian pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif tahunan agensi pelarian UNHCR di Geneva.

Cadangannya itu juga sebagai mengulas peningkatan serangan Israel yang menyasarkan Hezbollah di Lubnan, di mana lebih 1,300 orang terbunuh dan sejuta kehilangan tempat tinggal sejak akhir September lalu.

"Setiap hari kita 'dihidang' dengan gambar dan dimaklum dengan ratusan ribu mangsa perang yang terpaksa berpindah randah. Serangan perlu dihentikan segera," tegasnya. - AFP

Trainee2