fb fb fb fb fb

Gempa Turkiye: Cuba culik bayi di hospital, lelaki menyamar polis ditahan

(Foto Hiasan)

HATAY, 17 Februari- Seorang lelaki ditahan selepas disyaki cuba menculik seorang bayi di sebuah hospital di wilayah Hatay, Turkiye yang dilanda gempa bumi.

Menurut media tempatan, suspek memasuki hospital dengan menyamar sebagai anggota polis daerah Samandag.

Mujur, kakitangan hospital mengesan tindak tanduk suspek yang meragukan, lalu menghubungi pihak polis.

(Seorang lelaki ditahan selepas disyaki cuba menculik seorang bayi di
sebuah hospital di wilayah Hatay, Turkiye yang dilanda gempa bumi/Foto Hiasan)

Ketika ditahan, pasukan keselamatan mengesahkan suspek menggunakan kad pengenalan polis palsu serta membawa sejumlah wang.

Para ibu bapa menyatakan kebimbangan mengenai khabar angin kes penculikan kanak-kanak.

Menteri Keluarga Turkiye, Derya Yanik pada Isnin berkata sekurang-kurangnya 1,362 kanak-kanak telah terpisah dengan keluarga mereka akibat gempa bumi yang berlaku minggu lalu.-AFP

Media Baharu