fb fb fb fb fb

Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban lepasi 41,000 orang

(Gambar diambil pada 16 Februari 2023, menunjukkan bangunan yang rosak di Islahiye,
berhampiran Gaziantep, ketika pasukan penyelamat mula menghentikan pencarian mangsa yang terselamat/Foto AFP)

ISTANBUL, 17 Februari- Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 41,000 orang pada Jumaat.

Harapan juga semakin tipis untuk menemukan mangsa yang terselamat.

Menurut pegawai dan anggota perubatan, 38,044 orang meninggal dunia di Turkiye dan 3,688 di Syria, menjadikan jumlah yang disahkan maut 41,732.

(Pemandangan udara menunjukkan bangunan runtuh semasa operasi menyelamat yang
sedang dijalankan di Kahramanmaras, tenggara Turkiye, pada 14 Februari 2023/Foto AFP)

Terdahulu, pada Khamis, memetik laporan AFP, dua orang mangsa ditemui selamat selepas 11 hari gempa bumi berlaku.

Anggota penyelamat Turkiye membawa keluar seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari runtuhan bangunan di bandar Kahramanmaras dan seorang lagi mangsa wanita berusia dalam lingkungan 20-an.

Turkiye telah menggantung operasi menyelamat di beberapa wilayah dan kerajaan di Syria yang dilanda perang turut melakukan perkara sama di kawasan di bawah kawalannya.

Jumlah korban di Turkiye menjadikan ia bencana alam paling dahsyat di negara itu dalam sejarah pasca Uthmaniyyah.-AFP

Media Baharu